BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 1, 2009


Pada 24.06.2009 transformers di tayangkan di pawagam2 seluruh negara tapi aku dapat info yang filem ini di tayangkan sehari lebih awal dari tarikh tersebut ( pra-tonton ). Apa lagi aku pi la tonton sorang2 tanpa pengetahuan kawan2 aku supaya aku dapat ceritakan pada mereka sebelum mereka ceritakan sesama sendiri hehehe...
Memang tak di nafikan filem ini begitu menarik dari segi bunyi, kesan khas mahupun jalan cerita lebih2 lagi optimis prime menunjukkan kehebatannya yang sebenar berbanding filem yang pertama. Di sini kita dapat lihat betapa robot ini pun bergantung pada mannnusia sungguhpun manusia mempunyai kelengkapan yang jauh ketinggalan dari robot2 ini. Aku bersetuju pada sapa2 yang dah menonton filem ini dan mengatakan filem ini adalah yang terbaik, pada yang belum jangan la ketinggalan untuk menonton. Apalah salahnya belanja sikit untuk menonton di pawagam kerana kita dapat rasakan bunyi yang padat dan hebat. Kalau nak tunggu DVD pun boleh tapi 'feel' 2 tak sama dengan menonton di pawagam jadi jangan la lokek untuk berbelanja untuk kepuasan yang tak terhingga.
Bulan ini akan datang lagi filem2 yang bakal menggegar di pawagam jadi siap2 la duit anda hehehe dan di bawah ini adalah filem2 yang dalam perhatian aku dan aku akan pastikan aku tak lepaskan peluang untuk menonton filem ini...Tungguuu...

Sunday, June 21, 2009

HAPPY FATHER'S DAY



Everything's so blurry
and everyone's so fake
and everybody's empty
and everything is so messed up
pre-occupied without you
I cannot live at all
My whole world surrounds you
I stumble then I crawl

You could be my someone
you could be my scene
you know that i'll protect you
from all of the obscene
I wonder what you're doing
imagine where you are
there's oceans in between us
but that's not very far

Can you take it all away
can you take it all away
well you shoved it in my face
this pain you gave to me
Can you take it all away
can you take it all away
well you shoved it my face

Everyone is changing
there's noone left that's real
to make up your own ending
and let me know just how you feel
cause I am lost without you
I cannot live at all
my whole world surrounds you
I stumble then I crawl

You could be my someone
you could be my scene
you know that i will save you
from all of the unclean
I wonder what you're doing
I wonder where you are
There's oceans in between us
but that's not very far

[Chorus]

Nobody told me what you thought
nobody told me what to say
everyone showed you where to turn
told you when to runaway
nobody told you where to hide
nobody told you what to say
everyone showed you where to turn
showed you when to runaway

[Chorus]

This pain you gave to me

You take it all
You take it all away...
This pain you gave to me
You take it all away
This pain you gave to me
Take it all away
This pain you gave to me

Saturday, June 20, 2009

HIDUP MUZIK TANAHAIR!!!!


Hari ini, berlangsung satu konsert malam indonesia yang diadakan di pekarangan Stadium Bukit Jalil yang bermula pada jam 5.00ptg hingga 12.oomlm yang di hadiri oleh artis - artis dari seberang seperti Padi, Dewa 19, Sheila On 7, Gigi dan Adi and the backbone. Memang tidak dapat di nafikan persembahan dari artis - artis tersebut begitu profesional, persembahan yang mantap serta soundstage yang baik cuma apa yang aku terkilan ialah mengapa band - band dari Malaysia tidak mampu untuk menandingi pemuzik dari seberang, mengapa mereka tidak dapat menghasilkan muzik yang pernah di laungkan oleh lagenda - lagenda rock yang lepas seperti Search, Wings, Lefthanded mahupun May. Otai - otai kita ini pada suatu masa dahulu begitu gah dengan muzik rock mereka yang di selitkan dengan pelbagai mesej ketuhanan, masalah sosial, kerakyatan, mitos mahupun cinta. mereka menghasilkan muzik yang begitu kreatif dan masih bertahan hingga kini. Muzik sekarang ini lebih berunsurkan cinta, aku tak pernah dengar lagi lagu - lagu seperti 'Seruan', 'Alam dan Pencipta', 'Satu bangsa satu arah', ;Bujang senang', 'Kau bukan brader' dan banyak lagi yang mempunyai mesej tersendiri. Kehilangan gitar hero juga sedikit sebanyak menyuramkan band - band yang ada sekarang... Kalau dahulu kita mabuk bila mendengar petikan gitar dari man kidal, hillary ang, joe wings, shahrul dan ramai lagi gitaris - gitaris handalan Malaysia. Marilah kita bangunkan semula muzik yang akan di ingat sepanjang hayat seperti yang pernah di perjuangkan oleh otai - otai kita. KEEP ON ROCKIN'!!!

Monday, May 18, 2009

PERINGATAN


Dunia kini menghadapi krisis ekonomi yang teruk dan hingga kini mereka masih tercari - cari jalan penyelesaian dan Alhamdulillah semakin hampir dapat di atasi. Namun begitu ada sesuatu yang lebih merbahaya yang kini di hadapi oleh dunia iaitu FLU BABI atau lebih di kenali sebagai Influenza A (H1N1). Pemimpin WHO Margaret Chan menyeru agar semua negara sebaiknya segera mengaktifkan sistem tanda bahaya nasional guna menghadapi pandemi.Masyarakat dunia tengah berjuang menghadapi virus influenza A jenis baru, H1N1. Saat ini WHO tengah berupaya membuat bahan vaksinnya, namun menurut juru cakap WHO Gregory Hartl ianya memakan waktu yang lama. Apa yang telah terjadi kepada dunia yang semakin moden ini? Kita fikirlah sendiri di mana silap kita hingga kita terlupa tanggungjawab kita sebagai kalifah di atas muka bumi ini. Kita leka dengan keseronokan dunia, terabai tenggungjawab. Masyarakat sekarang pun sudah menjadi malas untuk menjaga kesihatan sedangkan ianya banyak membantu diri kita. Adakah virus seperti ini masih tidak dapat menyedarkan kita? tolonglah diri kita, orang lain takkan dapat membantu kita bila kita di landa musibah satu hari nanti. Marilah kita sama - sama memperingati antara satu sama lain bahawa segala macam penyakit yang datang tidak lain hanya untuk menyedarkan kita. Allah Maha Berkuasa, sejauh mana kita mengingati Dia terpulang kepada tahap kesedaran kita. Jangan sampai saudara mara kita mahupun orang yang kita sayang pergi di sebabkan penyakit yang kita tak hiraukan selama ini. Ingatlah bahayanya setiap peringatan yang Allah turunkan.

Sunday, May 10, 2009

AKU DAN LAGU

Dengarkanlah....Hayatilah....Lagu yang mencerminkan diriku

M Nasir - Rupa Tanpa Wajah.mp3
M. Nasir - Di Balik Cermin Mimpi.mp3
Search - teguh.mp3
Amy - Kembali.mp3
Bloodshed - Menggenggam Bara.mp3
Raihan - Damba Cinta Mu.mp3
Raihan - Sesungguhnya.mp3
M Nasir - Di Jalan Sesat.mp3
Ebiet G Ade - Aku ingin pulang.mp3
Raihan ft Ramli Sarip - Kau Yang Satu.mp3
Ramli Sarip - Nyanyian Serambi.mp3

Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU


IBU....
Kasih sayang dan pengorbananmu takkan aku lupakan. Doamu banyak membantuku mendaki puncak kejayaan. Gelak tawamu menjernihkan kekeruhan hatiku. Segala kudrat yang ku taburkan masih belum cukup untuk membalas setitis air susu yang kau berikan padaku untuk terus hidup di dunia ini. Demi pengorbananmu selama ini sanggup aku korbankan nyawaku untuk mempertahankan jasadmu dari di aniaya dan akan ku bermohon pada Ilahi agar kau di tempatkan di tempat yang tertinggi di sisiNya...SELAMAT HARI IBU.

Thursday, May 7, 2009

My Way


Apa yang aku lalui sekarang ini cukup mencabar hidupku, aku cuba menjalani hidup ini seperti tada masalah yang berlaku. Aku taknak ia menghantui hidupku sehingga merosakkan diri aku sendiri. Aku cuma ingin fokus pada kerjaya terbaru aku tak lama lagi. Profession aku sekarang ini telah banyak mengajar aku liku - liku hidup. Pahit manis semua aku lalui dan aku taknak lagi duduk di Kuala Lumpur yang penuh pancaroba, aku mahu mulakan hidup baru di tempat yang baru dan membawa'DIA' bersama. Satu hari nanti aku akan berpindah ke sabah juga walaupun aku bakal berhadapan dengan kisah hitam aku di sana semula. Mungkin orang yang aku tunggu selama ini sudah menjalankan hidup yang bahagia, dan aku akan meneruskan perjalanan hidup aku seperti sedia kala. Pada aku kecantikan, kemewahan bukan agenda utama dalam hidup aku tapi aku hanya mengikut naluri dan sapa tahu naluriku dapat membantuku selain doa yang ku panjatkan selalu tapi jika sebaliknya mungkin itulah kegagalan yang akan aku ingat selalu dan selamanya. Oh Tuhan Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, sesungguhnya kemana pun aku pergi 'DIA' tetap kubawa bersama. Aku dah tak ingin kehidupanku yang sekarang, terlalu banyak pahitnya. Aku berharap hidupku yang akan datang ini akan mendapatkan 'DIA'.

Wednesday, April 15, 2009

HIDUP HANYA SEKALI



'Hidup hanya sekali'....Perlukah aku enjoy dulu sebelum aku pergi? Kerana enjoylah hidup aku musnah. Aku tak jaga hati dan perasaan orang, aku main belasah ja asalkan aku bahagia. Aku juga banyak melakukan kesilapan jadi patutkah aku enjoy lagi? Pada sapa yang rasa inginkan keseronokan maka lupakanlah kerana ianya takkan dapat mengubat hati yang luka. Sebenarnya macam ni 'Hidup hanya sekali jadi berusahalah sebaik mungkin'. Perkataan 'Enjoy' ni cukup menakutkan, kita ketawa banyak buatkan hati mati, seronok sangat kita lupa diri,
jadi dalam kehidupan yang amat singkat ini amatlah elok kita kejar kejayaan di dunai dan akhirat. Tapi tak bermakna kita tak boleh bergurau kerana ia melambangkan keharmonian tapi berpada - padalah. Dulu aku tak suka berusaha, cukup apa yang ada, bila dapat pula tak di jaga dengan elok hingga ia terlepas dari genggaman. Dalam bercinta pula lagilah teruk hanya untuk berseronok saja tapi tak tahu pula bila dah terkena panahan yang sebenar baru tahu peritnya macam mana, berlipat kali ganda sakitnya dari orang yang aku kecewakan. Sungguh aku tak duga sakitnya itu boleh membawa maut kalau tak cukup iman di dada. Tapi Alhamdulillah sebab aku sedar yang aku dapat peluang kedua dalam hidup aku yang hanya sekali ini saja jadi aku dah taknak enjoy dah, biarlah hidup aku di habiskan dengan mencari keredhaanNya, jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan baerusaha dalam kerjaya. Berpuluh tahun aku hidup di dunia ini tanpa mengerjakan perintahNya jadi inilah waktunya aku berubah. CINTA? Biarlah aku serahkan pada yang Esa untuk tentukan kerana cukup sudah aku berkerja keras untuk mendapatkan cinta tapi di tolak mentah - mentah hehehe jadi aku simpan dululah cinta ini sebab aku pun manusia juga,mesti penat kan,aku rasa kalau robot pun boleh rosak hehehe jadi biarlah, ada jodoh ia pasti datang cari kita. Motivasikanlah diri kita dengan kata - kata yang boleh kita jadikan pedoman, jangan cari kata - kata yang boleh buat kita rasa kita tak perlu berfikir apa tindakan yang patut kita buat.
-Orang yang berbahagia itu selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa. Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan. Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu ibu segala
ketenangan jiwa.-

Saturday, April 11, 2009

KEINSAFAN, KEMAAFAN DAN PELUANG


KEINSAFAN atas dari kesilapan merupakan kejayaan yang terbesar buat aku tapi sayang ia tak dapat ku kongsi bersama kerana hanya Allah saja dapat lihat keinsafan itu, tunjukkanlah pada sapa pun yang engkau mahu tapi mereka takkan lihat dan takkan ambil peduli kerana pada mereka silap tetap silap dan mereka berhak menghukum, tapi aku bersyukur kerana aku masih sempat untuk mengubah kesilapan aku dan tidak menghukum dengan sewenangnya.


KEMAAFAN dari si dia amat aku perlukan untuk aku berjuang dan hidup di landasan yang betul. Sungguh pun dia memaafkan tapi aku tak rasa cintanya kerana dia hidup dengan motivasi untuk melupakan aku sdangkan aku hidup dengan motivasi untuk menyayangi dia. Aku berdoa sentiasa agar aku di cintai olehNYA, oleh ibu bapa, oleh ilmu dan oleh si dia yang ku cinta.


PELUANG adalah kunci kehidupan aku walaupun bukan yang utama tapi peluanglah yang dapat menghidupkan semula hati yang mati. Janganlah lokek beri peluang dan aku sentiasa beri peluang walau sebanyak mana pun kesilapan kerana hidup ini bukan sehari dua walaupun ianya bersifat sementara di bumi ini. Berilah peluang untuk aku buktikan sesuatu.


Mengapa kita perlu ambil pendapat yang dapat melemahkan semangat sesorang yang dalam berjuang untuk mencapai apa yang dia impikan, kita tidak perlu belas kasihan untuk bersama dia dan tak perlu airmata mereka untuk melihat derita yang kita tanggung tapi cuba ambik sedikit masa untuk menghargai pengorbanan yang dia lakukan untuk membuktikan dia berhak di beri peluang. Kalau Maha Pencipta dan UtusanNya sentiasa memberi peluang, bukankah kita patut mencontohi kebaikan tersebut. Allah sentiasa menerima taubat hambanya selagi nyawa tak sampai ke kerongkong jadi ingatlah setiap manusia punya peristiwa pahit dan kepedihan hidup tapi kita patut bersyukur kerna kita masih di pertemukan untuk membuka ruang agar kita dapat perbetulkan keadaan dan mulakan kehidupan kita semula dari 'AKAR'nya. Risiko tetap ada tapi motivasikanlah diri dengan kalimah agar dapat merawat hati yang luka bukan dengan mengiakan pendapat yang dapat menjauhkan hati sesorang agar ia pergi dengan kedukaan. Harapan sentiasa ada tapi jangan tunjukkan bahawa ia benar - benar tada harapan, sepatutnya harus menyokong dan cuba belajar untuk menghargai harapan supaya apa yang kita usahakan tak sia - sia walaupun gagal akhirnya tapi ia dapat berdiri atas semangat sesorang yang membantunya kerana semua jawapan di tangan TUHAN. Wujudnya cinta bukan atas dasar suka sama suka saja, tapi bila dah berpisah cinta tak patut di semai semula sedangkan cinta yang agung adalah berusaha utuk membajai cinta yang telah layu kerna sebelum ianya layu kita pernah makan hasil dari cinta tersebut. Ingatlah, bantu membantulah dan tolonglah aku dalam menyemai cinta ini, tak salah rasanya wujudkan semula cinta kita dan tak rugi untuk mencuba semula kerana mencuba lebih baik dari tak mencuba langsung kerana ALLAH Maha Mengasihi lagi Maha Agung.

Wednesday, April 8, 2009

GROW OLD WITH YOU



I wanna make you smile whenever youre sad
Carry you around when your arthritis is bad
All I wanna do is grow old with you

Ill get your medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
Oh it could be so nice, growing old with you

Ill miss you
Ill kiss you
Give you my coat when you are cold

Ill need you
Ill feed you
Even let ya hold the remote control

So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed if youve had too much to drink
I could be the man who grows old with you
I wanna grow old with you

DAPATKAH


Malam bulan purnama
Di tepi pantai indah
Kududuk mengenangkan
Cinta ku yang tak sampai
Putus di tengah jalan
Sedih nian rasanya

Namun apa daya kau begini jadinya
Hidup ku merana kasih terputus sudah
Padamu oh tuhan ingin aku bertanya
Dapatkah kembali dia sang kekasih

DEDICATE TO SOMEONE I LOVE


SAMPAI SYURGA
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Monday, April 6, 2009

Low life in high places





Mama, tell your children not to go
Down to the city, where the desperate people go
And mama, don't let them stray
They won't find, peace of mind, in such a lonely place
Wannabes and losers, all trying to get a break
They don't give a damn, they'll do whatever it takes
If they climb the ladder, they get to play for higher stakes
That's why there's low life in high places

Mama, things have changed since you were young
When you scream, in the dead of night
Now no one ever comes
And a poor man, he's cast as the villan and a thief
See him down on the street, begging for enough to eat

Waiting on the corner, I saw her waiting for the man
When the limo pulled up I saw what was changing hands
I should've tried to warn her, and make her understand
There is low life in high places

There is low life, like you never even knew
There is low life, and it lives in me and you
But we don't all let it through

Don't let 'em go, you've got to have some pity
Don't you let 'em go
You've got to keep 'em away, from the big bad city

(SOLO)

Waiting on the corner, I saw her waiting for the man
When the limo pulled up I saw what was changing hands
I should've tried to warn her, and make her understand

Mama, tell your children not to go
Down to the city, where the desperate people go
And mama, don't you let them stray
They won't find, peace of mind in such a lonely place

Friday, April 3, 2009

BERHENTI MENJADI GELAS


Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak murung."Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah didunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya."Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuktersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang murid muda.Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."
Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta."Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kataSang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit."Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air masin."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru."Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis. Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan."Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya."Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya.
Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?""Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tapak tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?""Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.
Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas."Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yangbebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itujadi sebesar danau".

SHOW MUST GO ON


Dulu aku tak tahu apakah hidup aku akan berakhir setelah aku melalui satu perstiwa yang hampir membuat aku ingin meninggalkan dunia ini tapi mungkin ALLAH masih sayangkan aku. Aku terbeli satu buku motivasi yang di tulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al - Haj. Aku telah terbaca artikel tentang perkaitan hidup kita pada ALLAH dan ini membuat aku ingin berkongsi artikel ini pada pren2 aku, aku ambik sikit saja yang lain biarlah pren2 aku fikir sedikit manalah tahu pren2 aku punya masalah yang serupa jadi aku rasa tak salah kan.
Baiklah, perkaitan yang paling baik untuk mendapat lebihan tenaga, lebihan stamina, lebihan segala lebihan adalah TUHAN. Kaitkanlah setiap apa yang nak anda lakukan pada TUHAN, bukan saja anda mendapat lebihan - lebihan ini, malah kalau betul cara dan kaedahnya, ia menjadi satu bentuk ibadah yang memberikan pulangan berganda pada nilaian akhirat.
Orang yang ada TUHAN lain cara dia berfikir, bertindak dan mengambil keputusan. Aku fikir anda semua maklum akan hal ini, cuma terlepas pandang hingga tak terbuat dalam kehidupan sehari - hari. Bukan tak tahu segala sesuatu perlu dikaitkan kepada ALLAH, dalam istilah lain niat kerana ALLAh, bukan tak tahu cuma kadang - kadang tak perasan pula. Time puasa barulah jadi amalan 'nawaitu sou maghadin, an ada i', sebab kalau tak niat tak dikira puasa. Baru perasan perlunya setiap perkara diperkaitkan kepada TUHAN untuk mendapat lebihan - lebihan berkenaan.
Dan begitu juga bila kita perkaitkan banyak hal dalam hidup kita ni pada Nabi, pun lain jadinya. Kita dapat perbatuan lebih yang bukan kepalang. Perkaitan kepada ALLAH tu dah power, tambah lagi kepada Nabi, tambah power. Pasal itulah hampir semua rumah orang Muslim ada tulisan nama ALLAH dan Muhammad, pasal apa? Pasal nak bagi power. Ni sabagai ingatan buat kita yang sering terlupa.
Ha! Jangan buat pasal. Ada orang dek terlalu mau dapatkan ke'power'an ini, bila terlalu sangat, dia sendiri mengaku menjadi Nabi, lebih dahsyat dia sendiri mengaku menjadi TUHAN. PULAK.
Macam Abdul Kahar dari Selangor yang mengaku menjadi Nabi orang Melayu. Itu perkaitan yang melampaulah tu, berakhir dengan petaka. Kalau mau dapatkan perbautan lebih pun bukan dengan cara macam tu. Dan macam tu jugak si Firaun akhirnya mengaku menjadi TUHAN, ada ka pulak.
Ok, aku harap ini taklah begitu bermasalah pada kita untuk memahaminya kerana sejak kecik kita dah dibiasakan dengan hal ini. Tak apa, fahami betul - betul perkaitan dengan Tuhan. Itu dinamakan berkat dan biasanya orang yang ada Extra ini pada TUHAN secara betul, perkaitannya dengan ibu ayah, ilmu dan manusia pun tak ada masalah. Itu berkat namanya. Semoga kita salah seorang.