BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 15, 2009

HIDUP HANYA SEKALI



'Hidup hanya sekali'....Perlukah aku enjoy dulu sebelum aku pergi? Kerana enjoylah hidup aku musnah. Aku tak jaga hati dan perasaan orang, aku main belasah ja asalkan aku bahagia. Aku juga banyak melakukan kesilapan jadi patutkah aku enjoy lagi? Pada sapa yang rasa inginkan keseronokan maka lupakanlah kerana ianya takkan dapat mengubat hati yang luka. Sebenarnya macam ni 'Hidup hanya sekali jadi berusahalah sebaik mungkin'. Perkataan 'Enjoy' ni cukup menakutkan, kita ketawa banyak buatkan hati mati, seronok sangat kita lupa diri,
jadi dalam kehidupan yang amat singkat ini amatlah elok kita kejar kejayaan di dunai dan akhirat. Tapi tak bermakna kita tak boleh bergurau kerana ia melambangkan keharmonian tapi berpada - padalah. Dulu aku tak suka berusaha, cukup apa yang ada, bila dapat pula tak di jaga dengan elok hingga ia terlepas dari genggaman. Dalam bercinta pula lagilah teruk hanya untuk berseronok saja tapi tak tahu pula bila dah terkena panahan yang sebenar baru tahu peritnya macam mana, berlipat kali ganda sakitnya dari orang yang aku kecewakan. Sungguh aku tak duga sakitnya itu boleh membawa maut kalau tak cukup iman di dada. Tapi Alhamdulillah sebab aku sedar yang aku dapat peluang kedua dalam hidup aku yang hanya sekali ini saja jadi aku dah taknak enjoy dah, biarlah hidup aku di habiskan dengan mencari keredhaanNya, jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan baerusaha dalam kerjaya. Berpuluh tahun aku hidup di dunia ini tanpa mengerjakan perintahNya jadi inilah waktunya aku berubah. CINTA? Biarlah aku serahkan pada yang Esa untuk tentukan kerana cukup sudah aku berkerja keras untuk mendapatkan cinta tapi di tolak mentah - mentah hehehe jadi aku simpan dululah cinta ini sebab aku pun manusia juga,mesti penat kan,aku rasa kalau robot pun boleh rosak hehehe jadi biarlah, ada jodoh ia pasti datang cari kita. Motivasikanlah diri kita dengan kata - kata yang boleh kita jadikan pedoman, jangan cari kata - kata yang boleh buat kita rasa kita tak perlu berfikir apa tindakan yang patut kita buat.
-Orang yang berbahagia itu selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa. Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan. Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu ibu segala
ketenangan jiwa.-

0 comments: