BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 18, 2009

PERINGATAN


Dunia kini menghadapi krisis ekonomi yang teruk dan hingga kini mereka masih tercari - cari jalan penyelesaian dan Alhamdulillah semakin hampir dapat di atasi. Namun begitu ada sesuatu yang lebih merbahaya yang kini di hadapi oleh dunia iaitu FLU BABI atau lebih di kenali sebagai Influenza A (H1N1). Pemimpin WHO Margaret Chan menyeru agar semua negara sebaiknya segera mengaktifkan sistem tanda bahaya nasional guna menghadapi pandemi.Masyarakat dunia tengah berjuang menghadapi virus influenza A jenis baru, H1N1. Saat ini WHO tengah berupaya membuat bahan vaksinnya, namun menurut juru cakap WHO Gregory Hartl ianya memakan waktu yang lama. Apa yang telah terjadi kepada dunia yang semakin moden ini? Kita fikirlah sendiri di mana silap kita hingga kita terlupa tanggungjawab kita sebagai kalifah di atas muka bumi ini. Kita leka dengan keseronokan dunia, terabai tenggungjawab. Masyarakat sekarang pun sudah menjadi malas untuk menjaga kesihatan sedangkan ianya banyak membantu diri kita. Adakah virus seperti ini masih tidak dapat menyedarkan kita? tolonglah diri kita, orang lain takkan dapat membantu kita bila kita di landa musibah satu hari nanti. Marilah kita sama - sama memperingati antara satu sama lain bahawa segala macam penyakit yang datang tidak lain hanya untuk menyedarkan kita. Allah Maha Berkuasa, sejauh mana kita mengingati Dia terpulang kepada tahap kesedaran kita. Jangan sampai saudara mara kita mahupun orang yang kita sayang pergi di sebabkan penyakit yang kita tak hiraukan selama ini. Ingatlah bahayanya setiap peringatan yang Allah turunkan.

0 comments: