BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 7, 2009

My Way


Apa yang aku lalui sekarang ini cukup mencabar hidupku, aku cuba menjalani hidup ini seperti tada masalah yang berlaku. Aku taknak ia menghantui hidupku sehingga merosakkan diri aku sendiri. Aku cuma ingin fokus pada kerjaya terbaru aku tak lama lagi. Profession aku sekarang ini telah banyak mengajar aku liku - liku hidup. Pahit manis semua aku lalui dan aku taknak lagi duduk di Kuala Lumpur yang penuh pancaroba, aku mahu mulakan hidup baru di tempat yang baru dan membawa'DIA' bersama. Satu hari nanti aku akan berpindah ke sabah juga walaupun aku bakal berhadapan dengan kisah hitam aku di sana semula. Mungkin orang yang aku tunggu selama ini sudah menjalankan hidup yang bahagia, dan aku akan meneruskan perjalanan hidup aku seperti sedia kala. Pada aku kecantikan, kemewahan bukan agenda utama dalam hidup aku tapi aku hanya mengikut naluri dan sapa tahu naluriku dapat membantuku selain doa yang ku panjatkan selalu tapi jika sebaliknya mungkin itulah kegagalan yang akan aku ingat selalu dan selamanya. Oh Tuhan Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, sesungguhnya kemana pun aku pergi 'DIA' tetap kubawa bersama. Aku dah tak ingin kehidupanku yang sekarang, terlalu banyak pahitnya. Aku berharap hidupku yang akan datang ini akan mendapatkan 'DIA'.

0 comments: