BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 11, 2009

KEINSAFAN, KEMAAFAN DAN PELUANG


KEINSAFAN atas dari kesilapan merupakan kejayaan yang terbesar buat aku tapi sayang ia tak dapat ku kongsi bersama kerana hanya Allah saja dapat lihat keinsafan itu, tunjukkanlah pada sapa pun yang engkau mahu tapi mereka takkan lihat dan takkan ambil peduli kerana pada mereka silap tetap silap dan mereka berhak menghukum, tapi aku bersyukur kerana aku masih sempat untuk mengubah kesilapan aku dan tidak menghukum dengan sewenangnya.


KEMAAFAN dari si dia amat aku perlukan untuk aku berjuang dan hidup di landasan yang betul. Sungguh pun dia memaafkan tapi aku tak rasa cintanya kerana dia hidup dengan motivasi untuk melupakan aku sdangkan aku hidup dengan motivasi untuk menyayangi dia. Aku berdoa sentiasa agar aku di cintai olehNYA, oleh ibu bapa, oleh ilmu dan oleh si dia yang ku cinta.


PELUANG adalah kunci kehidupan aku walaupun bukan yang utama tapi peluanglah yang dapat menghidupkan semula hati yang mati. Janganlah lokek beri peluang dan aku sentiasa beri peluang walau sebanyak mana pun kesilapan kerana hidup ini bukan sehari dua walaupun ianya bersifat sementara di bumi ini. Berilah peluang untuk aku buktikan sesuatu.


Mengapa kita perlu ambil pendapat yang dapat melemahkan semangat sesorang yang dalam berjuang untuk mencapai apa yang dia impikan, kita tidak perlu belas kasihan untuk bersama dia dan tak perlu airmata mereka untuk melihat derita yang kita tanggung tapi cuba ambik sedikit masa untuk menghargai pengorbanan yang dia lakukan untuk membuktikan dia berhak di beri peluang. Kalau Maha Pencipta dan UtusanNya sentiasa memberi peluang, bukankah kita patut mencontohi kebaikan tersebut. Allah sentiasa menerima taubat hambanya selagi nyawa tak sampai ke kerongkong jadi ingatlah setiap manusia punya peristiwa pahit dan kepedihan hidup tapi kita patut bersyukur kerna kita masih di pertemukan untuk membuka ruang agar kita dapat perbetulkan keadaan dan mulakan kehidupan kita semula dari 'AKAR'nya. Risiko tetap ada tapi motivasikanlah diri dengan kalimah agar dapat merawat hati yang luka bukan dengan mengiakan pendapat yang dapat menjauhkan hati sesorang agar ia pergi dengan kedukaan. Harapan sentiasa ada tapi jangan tunjukkan bahawa ia benar - benar tada harapan, sepatutnya harus menyokong dan cuba belajar untuk menghargai harapan supaya apa yang kita usahakan tak sia - sia walaupun gagal akhirnya tapi ia dapat berdiri atas semangat sesorang yang membantunya kerana semua jawapan di tangan TUHAN. Wujudnya cinta bukan atas dasar suka sama suka saja, tapi bila dah berpisah cinta tak patut di semai semula sedangkan cinta yang agung adalah berusaha utuk membajai cinta yang telah layu kerna sebelum ianya layu kita pernah makan hasil dari cinta tersebut. Ingatlah, bantu membantulah dan tolonglah aku dalam menyemai cinta ini, tak salah rasanya wujudkan semula cinta kita dan tak rugi untuk mencuba semula kerana mencuba lebih baik dari tak mencuba langsung kerana ALLAH Maha Mengasihi lagi Maha Agung.

0 comments: