BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 1, 2009


Pada 24.06.2009 transformers di tayangkan di pawagam2 seluruh negara tapi aku dapat info yang filem ini di tayangkan sehari lebih awal dari tarikh tersebut ( pra-tonton ). Apa lagi aku pi la tonton sorang2 tanpa pengetahuan kawan2 aku supaya aku dapat ceritakan pada mereka sebelum mereka ceritakan sesama sendiri hehehe...
Memang tak di nafikan filem ini begitu menarik dari segi bunyi, kesan khas mahupun jalan cerita lebih2 lagi optimis prime menunjukkan kehebatannya yang sebenar berbanding filem yang pertama. Di sini kita dapat lihat betapa robot ini pun bergantung pada mannnusia sungguhpun manusia mempunyai kelengkapan yang jauh ketinggalan dari robot2 ini. Aku bersetuju pada sapa2 yang dah menonton filem ini dan mengatakan filem ini adalah yang terbaik, pada yang belum jangan la ketinggalan untuk menonton. Apalah salahnya belanja sikit untuk menonton di pawagam kerana kita dapat rasakan bunyi yang padat dan hebat. Kalau nak tunggu DVD pun boleh tapi 'feel' 2 tak sama dengan menonton di pawagam jadi jangan la lokek untuk berbelanja untuk kepuasan yang tak terhingga.
Bulan ini akan datang lagi filem2 yang bakal menggegar di pawagam jadi siap2 la duit anda hehehe dan di bawah ini adalah filem2 yang dalam perhatian aku dan aku akan pastikan aku tak lepaskan peluang untuk menonton filem ini...Tungguuu...