BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 20, 2009

HIDUP MUZIK TANAHAIR!!!!


Hari ini, berlangsung satu konsert malam indonesia yang diadakan di pekarangan Stadium Bukit Jalil yang bermula pada jam 5.00ptg hingga 12.oomlm yang di hadiri oleh artis - artis dari seberang seperti Padi, Dewa 19, Sheila On 7, Gigi dan Adi and the backbone. Memang tidak dapat di nafikan persembahan dari artis - artis tersebut begitu profesional, persembahan yang mantap serta soundstage yang baik cuma apa yang aku terkilan ialah mengapa band - band dari Malaysia tidak mampu untuk menandingi pemuzik dari seberang, mengapa mereka tidak dapat menghasilkan muzik yang pernah di laungkan oleh lagenda - lagenda rock yang lepas seperti Search, Wings, Lefthanded mahupun May. Otai - otai kita ini pada suatu masa dahulu begitu gah dengan muzik rock mereka yang di selitkan dengan pelbagai mesej ketuhanan, masalah sosial, kerakyatan, mitos mahupun cinta. mereka menghasilkan muzik yang begitu kreatif dan masih bertahan hingga kini. Muzik sekarang ini lebih berunsurkan cinta, aku tak pernah dengar lagi lagu - lagu seperti 'Seruan', 'Alam dan Pencipta', 'Satu bangsa satu arah', ;Bujang senang', 'Kau bukan brader' dan banyak lagi yang mempunyai mesej tersendiri. Kehilangan gitar hero juga sedikit sebanyak menyuramkan band - band yang ada sekarang... Kalau dahulu kita mabuk bila mendengar petikan gitar dari man kidal, hillary ang, joe wings, shahrul dan ramai lagi gitaris - gitaris handalan Malaysia. Marilah kita bangunkan semula muzik yang akan di ingat sepanjang hayat seperti yang pernah di perjuangkan oleh otai - otai kita. KEEP ON ROCKIN'!!!

0 comments: